Nak tau resepinya....jom tgk blog cik eya,
Wednesday, 6 April 2011
ADA APA DENGAN RESEPI AYAM BERLADA MAK........
Nak tau Kenapa cik eya tulis resepi"ayam berlada mak"????Ceritanya mcm ni....masakan ni turun temurun dari keluarga sebelah "ayah" cik eya,pastu turun dekat "mak" cik eya plak.Dari kecil sampai sekarang ayam berlada ni mesti ada time makan petang dan malam..Kadang-kadang tu cik eya pernah juga bawa lada goreng je time stdy,saje je nak suruh kekwn try,wahhh!!nmpk ada kelainan....diorang suka.tak sampai satu hari dah abis..selain makan dengan ayam,boleh juga makan dengan telur goreng,ikan goreng,kerang,air bubur dan kangkung.
AYAM GORENG SERAI BEREMPAH CIK EYA...
Bahan-bahannya:
- 6 Ketul Ayam yang telah dipotong
- 2 Ulas bawang merah (dikisar)
- 2 Batang serai (dikisar sampai hancur)
- 1 Sudu kecil bunga cengkih
- 1 Sudu kecil lada hitam
- 1 Sudu kecil jintan manis
- 1 Sudu kecil jintan putih
- 1 Sudu kecil buah pelaga
- 1 sudu kecil biji ketumbar
- serbuk cili
- serbuk kunyit
- garam
Cara membuatnya:
- goreng jintan manis,jintan putih,biji ketumbar,bunga cengkih,lada hitam,buah pelaga tanpa minyak,lalu diangkat dan dikisar halus.
- Gaulkan bahan yang dikisar bersama serbuk kunyit,serbuk cili,bawang merah dan serai,garam serta ayam.Perap selama beberapa jam,kalau nak sedap perap semalaman.
- Selepas itu ayam bolehlah digoreng.
REMPAH RATUS CIK EYA..
Bahan-bahan:
- 1 Sudu besar bunga cengkih
- 1 Sudu besar lada hitam
- 1 Sudu besar jintan manis
- 1 Sudu besar jintan putih
- 2 Sudu besar biji ketumbar
- 1 Sudu besar buah pelaga
- 1 Sudu besar buah pelaga hitam (klau tak ada,guna buah pelaga biasa pun boleh)
- 1 Sudu besar serbuk cili
- 1 sudu Kecil serbuk kunyit.
Cara membuatnya:
- Gorengkan bunga cengkih,lada hitam,jintan manis,jintan putih,biji ketumbar,buah pelaga, dan buah pelaga hitam,Rempah ratus ni digoreng tanpa menggunakan minyak,apabila sudah naik aromanya boleh diangkat.
- Selepas itu,kesemua Bahan ini dikisar dan dimasukkan bersama,serbuk cili dan serbuk kunyit.
- Untuk pastikan lbh baik,anda bolehlah disimpan dalam bekas yang kedap udara,agar boleh bertahan lama.
Info: Bagi anda yang suka masak masakan arab boleh juga guna rempah ratus ni.Senang dan mudah je,
Label:
REMPAH RATUS CIK EYA
Tuesday, 5 April 2011
KERANAMU JANTUNG PISANG..
Semalam, sambil lepak dengan kawan kat rumah.Perut cik eya ni tak berhenti-henti Karaoke,
Sedap plak dengar perut ni karaoke.HEHE...
Sembang punyer sembang...terpaksalah cik eya isi perut ini,Yang syoknya
mengada plak perut ni nak makan masak lemak jantung pisang,Selamatlah jantung pisang tu ada,Kalau tak....tak
tau lah nak cari dekat mana malam-malam ni.ohyee,Teringat pada jantung pisang.....petang semalam kawan saya..."Ikan masin tu "pun nak try resepi ni.....so,cik eya pun buat lah,Lagipun masak makanan ni senang je,
Label:
KERANAMU JANTUNG PISANG.....
MASAK LEMAK JANTUNG PISANG BENGALA
Bahan-bahannya:
- 1 Biji jantung pisang bengala
- 1 Cawan besar air
- 5-6 Tangkai Daun kesum (dihiris)
- 2 Biji cili padi (besar)
- 2 Sudu kecil kerisik
- Garam
- Serbuk perasa
- Gula
- 2 Cawan Santan
bahan yang ditumbuk:
- 1 Mangkuk kecil lada hitam
- 1 Ekor isi ikan selayang
- 2 Ulas bawang merah
- 2 Ulas bawang putih
- Mula-mula potong jantung pisang nipis,dan rebus bersama 2 cawan air,Selepas ia empuk bolehlah diangkat dan diketepikan
- Gorengkan kerisik tanpa minyak sehingga garing dan angkat.Terus ditumbuk,
- Masukkan kesemua bahan yang ditumbuk ke dalam periuk,santan,jantung pisang yang telah direbus tadi,daun kesum.Gaul selalu supaya santan tidak berketuk-ketuk,
- Masukkan kerisik,garam,lada dan serbuk perasa.
- Kacau dalam beberapa minit dan siap untuk dihidang.
Monday, 4 April 2011
MASAK LEMAK CILI API IKAN MASIN
Bahan-bahan:
- Ikan talang masin (dipotong)
- 3-4 Ulas bawang merah (dikisar/ditumbuk))
- Setengah Biji Nenas (dipotong)
- 1 Cawan air
- 1 Cawan Santan
- 1 inci Kunyit hidup(dikisar/ditumbuk)
- 1-2 ulas bawang putih(dikisar/ditumbuk)
- 1 Mangkuk kecil cili api (bergantung nak lebih pedas atau tak)
- garam
- serbuk perasa
Cara Membuatnya:
- Ikan dibersihkan terlebih dahulu dan diasingkan.
- Pastikan nenas dipotong mengikut citarasa anda,samaada nak kecil,besar,sederhana.Selepas itu rebus nenas dan angkat.
- Panaskan periuk masukkan santan,bahan-bahan yang dikisar seperti: bawang merah,bawang putih,kunyit,cili api,Seeloknya semua bahan itu dikisar sekali.Dan masukkan ikan talang,nenas.
- Sebelum hendak masukkan garam dan serbuk perasa pastikan anda cuba dahulu,sebab ikan talang itu sudah masin,
- Kacau ia selalu sehingga naik aroma.Biarkan berberapa minit serta bolehlah untuk dihidang.
Info: Ikan talang masin juga boleh dimasak pelbagai cara samaada goreng,gulai,masak lemak,goreng berlada,dan sebagainya.
Kalau anda dan masak lemak labu ikan masin,cuba gantikan nenas dengan labu je.
Kalau anda dan masak lemak labu ikan masin,cuba gantikan nenas dengan labu je.
Sunday, 3 April 2011
"POKOK OO POKOK"....NAK TAHU APA KHASIATNYA???

CEKUR MANIS
Nama saintifiknya Sauropus androgynus,juga dikenali juga pokok pucuk manis.khasiat cekur ni,boleh memulihkan kesihatan ibu yang baru bersalin dan menambah pengeluaran susu ibu. Selain itu,sayur ini mengandungi khasiat makanan yang tinggi.Bukan saja sedap dimasak malahan ada Kelebihannya.
Subscribe to:
Posts (Atom)
