Monday 18 April 2011

KEENAKAN BUAH KUNDUR

 



Nama botaninya Benincasa hispida.Nama lain ialah Benincasa cerifera G. Savi.Di Malaysia buah kundur di kenali juga dengan beligu. Orang Jawa mengenalinya dengan nama beligo atau belonceng. Nama Inggeris untuk kundur ialah wax gourd, white gourd dan ash gourd. Perkataan gourd merujuk kepada pelbagai jenis buah dalam famili Cucurbitaceae seperti peria (bitter gourd), labu (musky gourd), labu air (bottle gourd) dan sebagainya. Perkataan wax white dan ash merujuk debu putih yang terdapat pada kulit buah kundur.

Di kalangan Orang China, buah ini dinamai tung kua yang bermakna labu musim sejuk. Selain dimasak dengan pelbagai hidangan,buah labu kundur ini juga banyak khasiat dan keenakannya.Dari segi kesihatan buah ini didapati mempunyai ciri menyejukkan badan. Daunnya digunakan sebagai ubat pupuk untuk tujuan yang sama. Buah kundur boleh membantu mengubat beberapa penyakit, seperti gonorea dan sawan.Di China, kulit buah, isi buah, jus dan biji kundur digunakan sebagai ubat untuk merangsang buang air kecil dan air besar, penawar demam panas, buasir, lebam atau bengkak, tonik, sakit usus, sakit buah pinggang, kencing manis, dropsy (takungan air dalam badan) dan lemah limfa.Abu biji kundur digunakan untuk mengubat penyakit gonorea manakala abu kulit buah untuk penyakit luka.Masyarakat Filipina memasak buah kundur segar untuk dijadikan sirup dan ubat bagi masalah pernafasan dan paru-paru. Air kundur juga didapati sebagai bahan cuci mata yang merah dan bengkak
 

No comments:

Post a Comment