Monday 18 April 2011

KERABU SOTONG BAKAR



Bahan-bahan:
  • 10 Ekor Sotong -dibakar
  • 2 Ulas bawang merah (dihiris)
  • 2 Mangkuk kecil mangga muda (dihiris halus)
  • 2 Batang serai (dihiris)
  • 4 Biji cili api (dihiris)
  • Sedikit kelapa parut - ditumbuk kasar
  • Bunga kantan -kalau nak menambah bau 
  • garam
  • gula
Cara membuatnya:
  1.  campurkan kesemuanya,garam dan gula.siap.....

KEENAKAN BUAH KUNDUR

 



Nama botaninya Benincasa hispida.Nama lain ialah Benincasa cerifera G. Savi.Di Malaysia buah kundur di kenali juga dengan beligu. Orang Jawa mengenalinya dengan nama beligo atau belonceng. Nama Inggeris untuk kundur ialah wax gourd, white gourd dan ash gourd. Perkataan gourd merujuk kepada pelbagai jenis buah dalam famili Cucurbitaceae seperti peria (bitter gourd), labu (musky gourd), labu air (bottle gourd) dan sebagainya. Perkataan wax white dan ash merujuk debu putih yang terdapat pada kulit buah kundur.

Di kalangan Orang China, buah ini dinamai tung kua yang bermakna labu musim sejuk. Selain dimasak dengan pelbagai hidangan,buah labu kundur ini juga banyak khasiat dan keenakannya.Dari segi kesihatan buah ini didapati mempunyai ciri menyejukkan badan. Daunnya digunakan sebagai ubat pupuk untuk tujuan yang sama. Buah kundur boleh membantu mengubat beberapa penyakit, seperti gonorea dan sawan.Di China, kulit buah, isi buah, jus dan biji kundur digunakan sebagai ubat untuk merangsang buang air kecil dan air besar, penawar demam panas, buasir, lebam atau bengkak, tonik, sakit usus, sakit buah pinggang, kencing manis, dropsy (takungan air dalam badan) dan lemah limfa.Abu biji kundur digunakan untuk mengubat penyakit gonorea manakala abu kulit buah untuk penyakit luka.Masyarakat Filipina memasak buah kundur segar untuk dijadikan sirup dan ubat bagi masalah pernafasan dan paru-paru. Air kundur juga didapati sebagai bahan cuci mata yang merah dan bengkak
 

SUP KUNDUR CIK EYA



Bahan-bahan:
  •  1 Mangkuk buah kundur yang telah dipotong
  • 2 Ulas bawang merah (dihiris)
  • 2 Ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 Cawan air
  • Sedikit tauhu kering
  • 2 Batang jagung muda
  • 1 Mangkuk kecil fish ball 
  • Sedikit daging ayam 
  • Garam
  • Sedikit perasa
  • Daun sup
  • Bawang goreng

cara membuatnya: 
  1. Tumiskan bawang merah,bawang putih,daging ayam serta air.Setelah ia mendidih masukkan kundur,jagung muda,fish ball,tauhu kering.
  2. Biarkan kundur empuk,akhir sekali masukkan garam dan perasa.
  3. Taburkan daun sup dan bawang goreng. 

CUBA TEKA,APA YANG ADA PADA GAMBAR INI?????


Saturday 9 April 2011

IKAN MASAK TAUCU


Bahan-bahannya: 
  1. 2 keping ikan merah/ ikan bawal
  2. 1 cawan taucu
  3. 1 batang timunn (dipotong kecil)
  4. 1 batang lobak (dipotong kecil)
  5. 1 cawan air asam jawa
  6. 1 S/k serbuk kunyit
  7.  gula
  8. 1 cawan kecil air


Bahan dihiris:
  1. 3 ulas bawang merah
  2. 2 ulas bawang putih
  3. 3 batang cili api
  4. 1 biji bawang holland
  5. 1 biji  tomato 
  6. 1 mangkuk kecil daun sup 
  Cara menyediakan:
  1. Gaulkan ikan bersama kunyit dan garam,digoreng dan diketepikan.
  2. Panaskan minyak tumis bawang merah,bawang putih sampai naik wangi,dan masukkan taucu,asam jawa,cili dan gula.Biarkan ia mendidih.
  3. masukkan lobak,timun,bawang holland,tomato dan daun sup.Kacau rata dan biarkan sos pekat.
  4. Akhir sekali tuangkan ke atas ikan tadi.

SINGGANG DAGING KAMPUNG

Bahan-bahannya:
  •  500 gm daging (dihiris nipis)
  • 3 Ulas bawang merah (dihiris)
  • 2 Ulas bawang putih (dihiris)
  • 2 Cm kunyit   (dihiris)
  •  4 Cm lengkuas (dihiris)
  • 1 S/b ketumbar
  • 1 S/k jintan manis (ditumbuk kasar) 
  • 2 Cawan air
  • garam
  • serbuk perasa
  • 5 Biji cili api
  • 2 keping asam keping
Cara membuat:
  1. Masakkan semua bahan kecuali cili api dan garam ke dalam periuk,masak sehingga daging empuk,
  2. Masukkan cili api dan garam,
  3. Hidangkan bersama nasi putih dan sambal belacan serta ulam-ulaman. 

AYAM GORENG BERLADA MAK CIK EYA

Bahan-bahannya:

  • 5 ketul ayam
  • 3 Ulas bawang putih
  • 1 Mangkuk kecil cili api 
  • 1 Sudu teh serbuk kunyit
  • Garam 
  •  Serbuk perasa  
  • Minyak 
 Cara membuat:
  1.  Gaulkan ayam yang telah potong bersama serbuk kunyit, dan garam.perap ayam dalam 5 minit.Setelah itu panaskan minyak dan goreng ayam sehingga masak.Bolehlah diangkat dan diketepikan.
  2. Tumbuk bawang putih,cili api sehingga hancur.Dan panaskan minyak,masukkan bahan yang ditumbuk tadi ke dalam kuali,kacau dan masukkan garam serta serbuk perasa.
  3. Akhir sekali masukkan ayam goreng,gaul seketika.
  4. Siap untuk dimakan bersama nasi panas,sayur campur air. 

Wednesday 6 April 2011

ADA APA DENGAN RESEPI AYAM BERLADA MAK........

Nak tau Kenapa cik eya tulis resepi"ayam berlada mak"????Ceritanya mcm ni....masakan ni turun temurun dari keluarga sebelah "ayah" cik eya,pastu turun dekat "mak" cik eya plak.Dari kecil sampai sekarang ayam berlada ni mesti ada time makan petang  dan malam..Kadang-kadang tu cik eya pernah juga bawa lada goreng je time stdy,saje je nak suruh kekwn try,wahhh!!nmpk ada kelainan....diorang suka.tak sampai satu hari dah abis..selain makan dengan ayam,boleh juga makan dengan telur goreng,ikan goreng,kerang,air bubur dan kangkung.

Nak tau resepinya....jom tgk blog cik eya,




AYAM GORENG SERAI BEREMPAH CIK EYA...

Bahan-bahannya:

  • 6 Ketul Ayam yang telah dipotong
  • 2 Ulas bawang merah (dikisar)
  • 2 Batang serai (dikisar sampai hancur)
  • 1 Sudu kecil bunga cengkih
  • 1 Sudu kecil lada hitam
  • 1 Sudu kecil jintan manis
  • 1 Sudu kecil jintan putih
  • 1 Sudu kecil buah pelaga
  • 1 sudu kecil biji ketumbar
  • serbuk cili
  • serbuk kunyit
  • garam
Cara membuatnya:
  1. goreng jintan manis,jintan putih,biji ketumbar,bunga cengkih,lada hitam,buah pelaga tanpa minyak,lalu diangkat dan dikisar halus.
  2. Gaulkan bahan yang dikisar bersama serbuk kunyit,serbuk cili,bawang merah dan serai,garam serta ayam.Perap selama beberapa jam,kalau nak sedap perap semalaman.
  3. Selepas itu ayam bolehlah digoreng.

REMPAH RATUS CIK EYA..

Bahan-bahan:


  • 1 Sudu besar bunga cengkih
  • 1 Sudu besar lada hitam
  • 1 Sudu besar jintan manis
  • 1 Sudu besar jintan putih
  • 2 Sudu besar biji ketumbar
  • 1 Sudu besar buah pelaga 
  • 1 Sudu besar buah pelaga hitam (klau tak ada,guna buah pelaga biasa pun boleh)
  • 1 Sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu Kecil serbuk kunyit.
Cara membuatnya:
  1. Gorengkan bunga cengkih,lada hitam,jintan manis,jintan putih,biji ketumbar,buah pelaga, dan buah pelaga hitam,Rempah ratus ni digoreng tanpa menggunakan minyak,apabila sudah naik aromanya boleh diangkat.
  2. Selepas itu,kesemua Bahan ini dikisar dan dimasukkan bersama,serbuk cili dan serbuk kunyit.
  3. Untuk pastikan lbh baik,anda bolehlah disimpan dalam bekas yang kedap udara,agar boleh bertahan lama.
Info: Bagi anda yang suka masak masakan arab boleh juga guna rempah ratus ni.Senang dan mudah je,

Tuesday 5 April 2011

KERANAMU JANTUNG PISANG..




Semalam, sambil lepak dengan kawan kat rumah.Perut cik eya ni tak berhenti-henti Karaoke,
Sedap plak dengar perut ni karaoke.HEHE...
Sembang punyer sembang...terpaksalah cik eya isi perut ini,Yang syoknya    
mengada plak perut ni nak makan masak lemak jantung pisang,Selamatlah jantung pisang tu ada,Kalau tak....tak  
tau lah nak cari dekat mana malam-malam ni.ohyee,Teringat pada jantung pisang.....petang semalam kawan saya..."Ikan masin tu "pun nak try resepi ni.....so,cik eya pun buat lah,Lagipun masak makanan ni senang je,


                                                    



MASAK LEMAK JANTUNG PISANG BENGALA

Bahan-bahannya:

  • 1 Biji jantung pisang bengala
  • 1 Cawan besar air
  • 5-6 Tangkai Daun kesum (dihiris)
  • 2 Biji cili padi (besar)
  • 2 Sudu kecil kerisik
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Gula 
  • 2 Cawan Santan
bahan yang ditumbuk:
  • 1 Mangkuk kecil lada hitam 
  • 1 Ekor isi ikan selayang
  • 2 Ulas bawang merah
  • 2 Ulas bawang putih
Cara membuatnya:
  1. Mula-mula potong jantung pisang nipis,dan rebus bersama 2 cawan air,Selepas ia empuk bolehlah diangkat dan diketepikan
  2. Gorengkan kerisik  tanpa minyak sehingga garing dan angkat.Terus ditumbuk,
  3. Masukkan kesemua bahan yang ditumbuk ke dalam periuk,santan,jantung pisang yang telah direbus tadi,daun kesum.Gaul selalu supaya santan tidak berketuk-ketuk,
  4. Masukkan kerisik,garam,lada dan serbuk perasa.
  5. Kacau dalam beberapa minit dan siap untuk dihidang.



Monday 4 April 2011

MASAK LEMAK CILI API IKAN MASIN









Bahan-bahan:

  • Ikan talang masin (dipotong)
  • 3-4 Ulas bawang merah (dikisar/ditumbuk))
  • Setengah Biji Nenas (dipotong)
  • 1 Cawan air
  • 1 Cawan Santan
  • 1 inci Kunyit hidup(dikisar/ditumbuk)
  • 1-2 ulas bawang putih(dikisar/ditumbuk)
  • 1 Mangkuk kecil cili api (bergantung nak lebih pedas atau tak)
  • garam
  • serbuk perasa
Cara Membuatnya:

  1. Ikan dibersihkan terlebih dahulu dan diasingkan.
  2. Pastikan nenas dipotong mengikut citarasa anda,samaada nak kecil,besar,sederhana.Selepas itu rebus nenas dan angkat.
  3. Panaskan periuk masukkan santan,bahan-bahan yang dikisar seperti: bawang merah,bawang putih,kunyit,cili api,Seeloknya semua bahan itu dikisar sekali.Dan masukkan ikan talang,nenas.
  4. Sebelum hendak masukkan garam dan serbuk perasa pastikan anda cuba dahulu,sebab ikan talang itu sudah masin,
  5. Kacau ia selalu sehingga naik aroma.Biarkan berberapa minit serta bolehlah untuk dihidang.
Info: Ikan talang masin juga boleh dimasak pelbagai cara samaada goreng,gulai,masak lemak,goreng berlada,dan sebagainya.
Kalau anda dan masak lemak labu ikan masin,cuba gantikan nenas dengan labu je.

Sunday 3 April 2011

"POKOK OO POKOK"....NAK TAHU APA KHASIATNYA???



CEKUR MANIS 


Nama saintifiknya Sauropus androgynus,juga dikenali juga pokok pucuk manis.khasiat cekur ni,boleh memulihkan kesihatan ibu yang baru bersalin dan menambah pengeluaran susu ibu. Selain itu,sayur ini mengandungi khasiat makanan yang tinggi.Bukan saja sedap dimasak malahan ada Kelebihannya.

SAJE-SAJE...(^_^) DAN KARI UDANG MASAK SERAI

Cerita ni cik eya saje je nak kongsi dengan kawan semua,Mungkin sebab terlalu xcited kot...tu yang sampai termimpi-mimpi,semalam cik eya mimpi dapat resepi baru tau,
Nampak sedap dan menyelerakan...Kalau kOrang tengok mesti telan air liur punyer la...
SEDAAPPPPPP SANGAT!!!!!!FUHHHHHhhhh..
Tapi resepi nih senang dan mudah je,nak cari bahan-bahannya pun simple je,kat mana-mana pun ada.so...tak rugilah kalau kOrang nak try.






KARI UDANG MASAK SERAI


Bahan-bahan:

  •  Mangkuk udang besar,kalau anda suka udang biasa pun bleh je.
  • 1 Mangkuk kecil bawang merah (dikisar)
  • 1-2 ulas bawang putih (dikisar),
  • 1 inci halia (dikisar)
  • 2 batang serai yang telah diketuk.
  • 1 inci kunyit hidup (dikisar)
  • 1 Cawan santan
  • 1 Cawan air,bergantung lah kalau suka banyak kuat bleh msuk air lbih.
  • 1 Sudu besar serbuk kari ayam,nak guna kari biasa pun boleh je.
  • garam
  • serbuk perasa
  • 2 Batang cili besar (dipotong)
Cara membuatnya:
  1. Panaskan minyak didalam kuali,masukkan bahan yang dikisar iaitu: bawang merah,bawang putih,halia,kunyit hidup.gaul sambil wangi.Selepas itu masukkan serai,serbuk kari,santan dan air.kacau biar sebati dan biarkan seketika barulah masukkan udang,garam,serbuk perasa,cili yang telah dipotong.Dan dibiarkan selama 10minit.
  2. Seterusnya siap untuk dihidang.
  3. Seelok-eloknya udang dimasak sekejap saja,kalau kita masak udang terlalu lama nanti udang liat dan keras.
Info: Selain menggunakan air biasa,anda juga boleh menggunakan air rebusan udang untuk 
         rasa manis.                            
         

LALA MASAK SERAI

BAHAN-BAHAN:
  • 1 Mangkuk Lala atau Kupang
  •  Minyak 
  • 1 Mangkuk Cili kering (dikisar)
  • 3 Ulas Bawang merah (dikisar)
  • 2 Ulas Bawang putih   (dikisar)
  • 1 inci Halia          (dikisar)
  • 2 Batang Serai yang telah diketuk
  • 3 atau 4 Helai daun limau purut
  • 1 Sudu teh Kicap Atau sos tiram (bergantung kepada anda)
  • 1 cawan air
  • garam
  • serbuk perasa
CARA MEMBUATNYA:
  1.  Panaskan minyak,tumiskan bahan yang dikisar sehingga naik aromanya.seterusnya masukkan cili kering,sos tiram,serai.tumiskan sehingga pecah minyak.
  2. Selepas itu,masukkan lala,air,garam dan serbuk perasa.kacau sehingga sebati dan tutup serta biarkan seketika.Last sekali letakkan daun limau purut dan kacau sekejap.
  3.  

SPAGHETI GORENG

BAHAN-BAHAN:

  • Spagheti
  • Minyak
  • 2 Ulas bawang merah (dikisar)
  • 1 Biji tomato (dipotong) 
  • 1 Mangkuk sayur kubis
  •  1 Mangkuk Daging cincang
  • sedikit bebola ikan
  • 1 Mangkuk kecil lala
  • 1 Sudu teh Sos tiram
  • 1 Sudu teh Kicap manis
  • 1 Sudu besar cili kering (dikisar)
  • 1 Cawan air
  • garam
  • serbuk perasa
  • Sedikit bahan hiasan bawang goreng dan daun bawang 

CARA MEMBUATNYA:
  1. Panaskan air,sedikit minyak ke dalam periuk,apabila ia mendidih masukkan spagheti.Biarkan sementara spagheti masak.Selepas itu bolehlah diangkat dan diketepikan.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali,tumiskan bawang merah yang telah dikisar,setelah ia betul-betul naik wangi,Kemudian masukkan daging cincang,lala,bebola ikan,sos tiram,kicap manis dan cili kering.Tumis bahan-bahan ini sehingga naik bau dan rasanya.Tambahkan sedikit air,garam dan bahan serbuk perasa.
  3. Akhir sekali,masukkan spagheti td,tomato serta sayur kubis.Kacau sehingga rata.
info: Bagi anda yang balik kerja lewat dan tak smpat nak buat lauk,bolehlah mencuba masakan ini,
        Mudah dan  enak,Sesuai untuk disediakan kepada tetamu.
SINGGAH SEBENTAR KE NEGARA CUBA,SELAMAT MENCUBA..
 

Saturday 2 April 2011

TELUR REBUS BERLADA

BAHAN-BAHANNYA:

  • 4 biji telur ayam
  • 4 biji cili hidup
  • 1 inci belacan
  • 1biji asam limau 
  • gula
CARA MEMBUATNYA:

Rebus telur sehingga masak dan buang kulitnya dan dipotong 2 bahagian.

Masuk kan cili kedalam lesung tumbuk bersama belacan dan gula sehingga lumat kemudian perah asam limau sehingga berair. Kemudian letak kan sambal lada keatas potongan telur tadi dan hidangkan. Makan bersama nasi.
SELAMAT MENCUBA...

SAMBAL KERING UDANG GERAGAU

BAHAN-BAHANYA:

  • 1 Cawan udang kering geragau
  • 2 biji cili padi
  • 1/2 inci belacan
  • serbuk perasa
CARA MEMBUATNYA:

Masuk udang , cili padi dan belacan serta serbuk perasa ke dalam lesung dan tumbuk hingga sebati . kemudian hidang dan makan bersama nasi.

Info: Sambal udang ini lebih berselara di tambah dengan ulam tembikar.

SELAMAT MENCUBA...

SAYUR TIMUN MASAK LADA HITAM

BAHAN-BAHANNYA:

  • 1 Biji Timun batang
  • 3 ekor ikan selayang
  • 1 cawan santan
  • 1 sudu lada hitam yang di tumbuk
  • 1 cawan air
  • 2 ulas bawang merah
  • garam
  • serbuk perasa
CARA MEMBUATNYA:

  1. Basuh timun kemudian buang kulitnya dan potong nipis-nipis.
  2. Masuk kan santan yang di campur air kedalam periuk.
  3. Rebuskan ikan selayang dan ambil isinya kemudian tumbuk isi ikan bersama bawang merah bersama lada hitam.
  4. Masukkan bahan yang telah ditumbuk ke dalam santan didalam periuk tadi ,panaskan ia serta kacau selama 3 minit.
  5. Masukan timun dan garam serta serbuk perasa.
SELAMAT MENCUBA..

Info: Untuk kelihatan cantik sebelum timun di potong ambil garfu kemudian gariskan di keliling batang timun tadi supaya nampak cantik dan berselera.

BUBUR AIR SAMBAL IKAN KERING

BAHAN-BAHAN:

  • 1 Cawan beras
  • 3 Ekor ikan selayang (di ambil isinya)
  • 2 Ekor ikan kering (di ambil isinya)
  • 1 Biji cili besar
  • 1 Biji cili api
  • 1 Sudu cili boh 
 Cara membuat bubur: 
  1. Basuh kan beras hingga bersih kemudian masakkan beras dengan air yang banyak sehingga ia menjadi bubur.  
Cara membuat Sambal ikan kering. 
  1. Rebuskan ikan selayang hingga masak dan ambilkan isinya. 
  2. Goreng ikan kering hingga masak dan ambilkan isinya.
  3. kemudian masukkan isi ikan selayang ,isi ikan kering, cili besar,cili api, cili boh dan sedikit serbuk perasa lalu ditumbuk sampai hancur.
  1. Masuk bubur nasi kedalam mangkuk dan letakkan sambal yang di tumbuk tadi diatasnya dan siap dihidang.SELAMAT MENCUBA 
Info: Hidangan ini juga bolehlah di makan bersama-sama sayur kangkung goreng. Hidangan ini juga sesuai untuk anda yang berdiet.  

PUCUK MANIS MASAK SERAI

BAHAN-BAHAN:
  • Pucuk manis atau cekur manis
  • Sedikit Minyak 
  • 2 batang Serai
  • 3 ulas Bawang merah (ditumbuk)
  • 2 ulas Bawang Putih (ditumbuk)
  • Isi ikan selayang (sekor) (ditumbuk)
  • 2 cawan Air
  • Cili api (Kalau nak pedas lah)
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam 
  • Ubi keledek 
  • garam 
  • gula 
Cara membuatnya:

  1.  Panaskan minyak dalam periuk,masukkan bahan-bahan yang ditumbuk.biarkan ia naik wangi,seterusnya masukkan serai yang telah diketuk terlebih dahulu,kemudian masukkan air sehingga mendidih.masukkan serbuk lada hitam,ubi keledek,cili api dan pucuk manis.biarkan ia masak selama 3minit.
  2. Barulah masukkan garam,gula secukup rasa.
  3. Siap untuk dihidang..
info: Selain ikan,kita juga boleh masukkan sotong,udang,lala dan daging.Bergantung kepada citarasa anda.
       SELAMAT MENCUBA...